Isnin, 21 November 2016

Hubungi Kami



PEJABAT: 05-5477320  


HP: 019-5114598  


ALAMAT: MA'AHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN-7 LOT 31385, KAMPUNG BARU GUNUNG GENTING. 31400 TAMBUN IPOH PERAK. 


ALAMAT FB: http://www.facebook.com/mtqtambun7

ALAMAT BLOG: http://www.mtq7.blogspot.com


ALAMAT EMAIL: mtqtambun7
@gmail.com

PENGETUA:
USTAZ AHMAD RAIS BIN ISMAIL 

HP: 013-51 66 132 

PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR: USTAZ MOHD NURULLAH BIN ABU BAKAR 
HP: 011-1244 8238

GURU KANAN KURIKULUM AL-QURAN: USTAZ MUHAMMAD NUR ELYASA BIN RAMLI

HP: 011-3241 4258

GURU KANAN KO-KURIKULUM : USTAZ MOHAMMAD RASHIDI BIN NASHARUDDIN 

HP: 018-577 8477

PEMBANTU TADBIR : USTAZ MUHAMMAD ASNAWI FAKHRUR RAZI BIN MUSTAFFA
HP: 017-974 3910


PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2017 KINI DIBUKA!!!!!


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :


1. PELAJAR LELAKI ATAU PEREMPUAN BERUMUR 13 TAHUN PADA 1 JANUARI 2017.

2. BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK.

3. LULUS TEMUDUGA KHAS YANG AKAN DIADAKAN.

4. BERMINAT UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

5. BERSEDIA TINGGAL DI ASRAMA YANG DISEDIAKAN.

6. BERSEDIA UNTUK DITEMPATKAN DI MANA-MANA CAWANGAN MTQ ADDIN.

7. LULUS TEMUDUGA KHAS YANG AKAN DIADAKAN.

8. BERMINAT UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

9. BERSEDIA TINGGAL DI ASRAMA YANG DISEDIAKAN.

10. BERSEDIA UNTUK DITEMPATKAN DI MANA-MANA CAWANGAN MTQ ADDIN.


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


KOMPLEKS PENDIDIKAN MASJID AL AULIA’TAMAN SIN LOK JALAN KUALA KANGSAR30010 IPOH PERAK.


No Tel : 05-5060223 Fax : 055060017
E-mel : jpmaddin@yahoo.com.my
Tarikh Ujian Khas Temuduga : 26 November 2016 


Pengetua 22 November 2016


Isnin, 10 November 2014

Program Bersama JPJ Ipoh

Menerima Sumbangan dari Pengarah JPJ Ipoh.


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang sentiasa tidak terhitung. Baru-baru ini Kami Pihak Sekolah menerima pula pelawaan daripada JPJ Ipoh untuk Program Kebajikan mereka di Sekolah kami. Demikian program dengan jayanya telah berlangsung dan berjaya diadakan pada hari Sabtu, 8/11/2014 yang lepas.

Program yang diadakan ialah fokus kepada mengecat surau, kemudian membersihkan halaman sekolah dan turut disediakan jamuan pagi dan tengahari. Keterlibatan adalah dari staf JPJ Ipoh termasuh Pengarahnya sendiri yang turun dan bersama juga Skuad Muda JPJ Ipoh. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik dan diakhiri dengan sedikit sumbangan dan cenderahati dari Pihak JPJ dan Sekolah.


11/11/2014, Ipoh, Perak.

Isnin, 27 Oktober 2014

Hari Keluarga & Gotong-Royong MTQ-7 2014

26/10/2014

Alhamdulillah, ucapan syukur dilafazkan kepada Allah SWT atas kejayaan Program Hari Keluarga dan Gotong Royong Perdana MTQ-7 semalam. Terima kasih kepada para ibubapa, guru-guru, pelajar-pelajar, serta seluruh keluarga yang hadir walau daripada luar Perak dan tidak lupa Ahli Jawatankusa Ibubapa dan Guru yang bertungkus lumus memastikan program ini dapat dijalankan. 

Program anjuran PIBG Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang semalam adalah menfokuskan kepada objektif utama kita iaitu kebersihan sekolah dan moga ukhuwah serta keceriaan dapat terbina antara guru, pelajar dan keluarga seluruhnya kearah menghasilkan pencapaian yang baik dari pelajar-pelajar disini. Berbagai bentuk sukaneka telah dilaksanakan semalam dengan respon dan semangat kerjasama yang cukup memberansangkan dari semua pihak, alhamdulillah. Ada cabutan bertuah, sukan tarik tali, rebut kerusi, cari coklat, tiup belon dan bermacam-macam lagi serta majlis pembahagian hadiah turut sekali diadakan untuk anugerah kecemerlangan pelajar bagi Ujian Penilaian 2 baru-baru ini dan Kejohanan Futsal Piala Mudir. Seterusnya majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari nasi kerabu dan laksam. 

Program hari keluarga yang dibuat semalam iaitu 26/10/2014 adalah julung-julung kali diadakan. Terima kasih sekali lagi dan kami Pihak Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 memohon kemaafan atas sebarang kekurangan. 

 Jom kita saksikan pula gambar-gambar terbaik pilihan semalam. Selanjutnya boleh dilihat di link Fb sekolah disini: https://www.facebook.com/mtqtambun7



Pengerusi PIBG 2014, Timbalan dan Ajk.
Antara aksi bola takraw.
Takraw bulat.
Tiup belon sampai pecah.
Memancing botol.
Bawa bola ping pong.
Cari coklat dalam tepung.
Pusing-pusing, rebut kerusi.
Terakhir sekali sukan tarik tali.

Alhamdulillah, jumpa lagi ditahun hadapan, inshaAllah.

27/10/2014
Ipoh, Perak.

Makluman Blog

 

Assalamualaikum dan mohon maaf kepada semua pelawat-pelawat atas ketidakurusan Blog ini kerana masih kekurangan masa dan tenaga. 

InhsaAllah segala usaha pengurusan Blog ini dan penambahbaikan akan sentiasa cuba dipastikan kembali berjalan dengan baik dan kemas. Dan untuk makluman semua kami lebih fokus kepada FB sekolah dalam apa jua kemaskini terbaru berkaitan sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan boleh melayarinya di https://www.facebook.com/mtqtambun7. 

Terima kasih dan sebarang komen, persoalan dan pandangan boleh diajukan terus di ruangan mesej FB sekolah kami.


27/10/2014
Ipoh, Perak.

Khamis, 23 Januari 2014

Program Kembara Tahfiz PERAKfm 2014

Assalamualaikum dan lafaz Alhamdulillah pertamanya diucapkan atas kesempatan hidup ini masih lagi kita dapat merebut peluang melakukan kebaikan. Untuk makluman para Ibubapa sekalian.

Baru-baru ini kami telah mendapat panggilan jemputan untuk ke Mesyuarat dari RTM PERAK tentang penglibatan di dalam program yang mereka akan adakan iaitu program berbentuk seperti Rancangan Realiti Tv bagi mencari dan melahirkan bakat-bakat dari pelajar tahfiz. Alhamdulillah, 20 buah Ma’ahad Tahfiz di Negeri Perak telah dipilih dan MTQ-7 adalah salah satunya. Dan seramai 20 orang peserta yang akan mamasuki pertandingan tersebut.

Bagi Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7. Peserta yang akan mewakili ke rancangan tersebut adalah Saudara Adik Mohammad Hamka Bin Mohammad Badri.

Justeru itu marilah sama-sama kita memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar MTQ-7 yang akan mewakili sekolah kita dengan ucapan semangat dan doa. Untuk membuktikan pelajar Agama mampu untuk lebih kedepan lagi. Untuk menjadikan pelajar Agama adalah idola dan tumpuan masyarakat. Membuktikan kejayaan sekolah Agama. Moga-moga peluang dan ruang ini dapat dijadikan tempat bagi meluaskan Penyebaran Islam kita dalam mencari keredhan Allah dan memartabatkan kalimah Allah.

InshaAllah, pertandingan akan dimulakan melalui musim yang pertama pada:

Tarikh : 8/2/2014 hingga 22/3/2014
Hari : Setiap Sabtu dan Ahad pada setiap minggu
Waktu : 8.30 pagi
Tempat : Auditorium RTM Ipoh, Perak


InshaAllah, persembahan Nasyid dari Shoutus Shabab MTQ-7 dan Pidato Bahasa Inggeris dari saudara Mohamed Riazhudeen Bin Mohamed Zafarulla akan disampaikan disana.

Rancangan ini akan dibuat sedikit sedutan secara live di Radio PERAKfm dan rakaman berita di televisyen.

Rancangan ini adalah kali pertama diadakan dan Perak menjadi Negeri pilihan pertama dijalankan rancangan ini.

Sebelum Mesyuarat

Dewan Auditorium RTM Perak yang baru sahaja siap Julai 2013

Ketika Mesyuarat
Selesai Mesyuarat

Dewan Auditorium RTM Perak yang baru sahaja siap Julai 2013

Pentas utama untuk persembahan nanti

Sabtu, 21 Disember 2013

Laporan Rehlah Sungai Lopo (2)

معهد تحفيظ القرءان والقراءات الدين-7- 
LAPORAN REHLAH 2013 
 (SUNGAI LOPO, HULU LANGAT) 

10 disember 2013 (Hari Selasa) 

5.30 pagi : Ø Ustaz Firdaus mengejut pelajar daripada tidur untuk solat subuh berjemaah di surau. Sebelum itu, ustaz menyuruh semua pelajar pergi mandi. 

6.30 pagi : Ø Selepas solat, semua pelajar balik ke asrama dan perlu memastikan barang cukup.

7.30 pagi : Ø Barang-barang yang hendak dibawa perlu di letakkan di dalam surau. Kami di suruh oleh Ustaz Firdaus supaya memeriksa pakaian oleh ketua kumpulan sebelum bertolak. 

8.00 pagi : Ø Semua pelajar di minta beratur untuk mengira pelajar supaya cukup. Pelajar perlu meletakkan barang-barang ke dalam bas. 

9.00 pagi : Ø Para asatizah dan pelajar naik ke dalam bas. Pelajar di minta duduk dengan pasangan yang di pilih sendiri ketika di dalam bas. Tempat duduk kami mesti sama waktu pergi dan pulang. Bas mula bertolak selepas semua selesai. 

9.30 pagi : Ø Setelah beberapa minit perjalanan, bas berhenti di perhentian tapah untuk mengisi minyak. Semua pelajar tidak dibenarkan turun sama sekali. 

9.45 pagi : Ø Selepas berhenti di perhentian tapah. Penolong pemandu bas itu menayangkan filem “bikers kental”. Ceritanya sangat seronok dan kami tidak berasa mengantuk sepanjang perjalanan. 

11.00 pagi : Ø Selepas beberapa minit, pemandu bas berhenti di Perhentian Ulu Bernam. Ustaz memberi seorang satu nasi lemak, dan sebelum jam 11.30 pagi semua mesti beratur di tepi bas. Banyak makanan kami beli untuk makan di dalam bas. 

11.35 pagi : Ø Sudah cukup semua pelajar, kami naik dan duduk tempat yang ditetapkan sebelum bertolak. Bas 2 bergerak dulu dan bas 1 menyusul di belakang. 

1.45 tengahari : Ø Kami tiba di tempat yang di tuju. Bas 2 sudah masuk ke dalam tetapi bas 1 terkandas di Luar kerana reka bentuknya. Selepas kami menunggu beberapa minit baru bas 2 keluar untuk mengambil pelajar dan asatizah masuk ke dalam. Barang-barang kami perlu di letakkan ke dalam bas 2 untuk bawa ke dalam. 

1.50 tengahari : Ø Kami menurunkan barang-barang daripada bas dan diletakkan di dewan. Kemudian kamisolat zohor jamak takdim dengan asar yang diimamkan oleh Ustaz Syakirin. 

2.10 tengahari : Ø Ustaz memberi taklimat tentang atur caraprogram dan memberi kunci kepada setiap ketua chalet. 

2.15 tengahari : Ø Selepas itu pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Bacaan doasebelum makan di bacakan oleh ketua pelajar iaitu Ahmad Amiruddin. 

2.30 tengahari : Ø Selesai makan,semua pelajar perlu mengambil barang-barang di dewan dan perlu diletakkan ke dalam chalet masing-masing. Kemudian kami menukar pakaian sukan untuk acara sukaneka. 

3.00 tengahari : Ø Semua pelajar berkumpul di dewan untuk membahagikan acara sukan kepada ahli dalam kumpulan.Kemudian acara sukaneka bermula. Macam-macam gelagat mereka bermain. Permainan yang kami main ialah :- 1) Perah air ke dalam botol. 2) Meniup belon hingga pecah. 3) Bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut. 4) Mencari harta karun. 

4.00 petang : Ø Selanjutnya kami di benarkan mandi di sungai. Macam-macam aktiviti kami lakukan di dalam sungai iaitu permainan bola tampar dan lain-lain lagi. 

6.30 petang ; Ø Semua pelajar di minta supaya bersiap untuk solat maghrib di dewan. 

7.15 malam : Ø Pelajar dan asatizah solat mangrib berjemaah di dewan, yang di imamkan oleh Al-maulana Ustaz Syakirin. Selepas selesai solat semua pelajar perlu beratur untuk mengambil makanan di kantin. 

8.30 malam : Ø Setelah semua selesai makan, kami diminta supaya berkumpul di dewan untuk mendengar mini forum yang disampaikan oleh saudara Hamka, Ahmad Amiruddin dan Iskandar. Tajuk ceramah yang di sampaikan ialah “Pentingnya Ilmu”. Kami tidak merasa mengantuk ketika mini forum ini. 

9.30 malam : Ø Setelah beberapa minit, Ustaz Rais menayangkan filem bertajuk “Laskar Pelangi” di dewan. Ceritanya sangat seronok. Sebahagian daripada kami ada yang tertidur kerana terlalu letih.

11.00 malam : Ø Semua pelajar di minta balik ke chalet masing-masing untuk berehat. Kami perlu berehat untuk melakukan aktiviti pada esok pagi pula. 

11 Disember 2013 (Hari Kedua) 

5.30 pagi : Ø Semua pelajar bangun untuk bersiap solat subuh. Ustaz Firdaus pergi ke setiap chalet untuk mengejut kami bangun daripada tidur. 

6.45 pagi : Ø Pelajar dan asatizah solat subuh berjemaah di dewan yang di imamkan oleh ustaz syakirin. Selepas selesai solat kami beratur untuk makan sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti. 

7.00 pagi ; Ø Pelajar perlu menukar pakaian sukan dan berkumpul di tepi dewan. 

7.05 pagi : Ø Ustaz Aduad menyuruh pelajar membuat senaman pagi sebelum bermulanya aktiviti jungle treking. Abang Edy berpesan supaya sepanjang perjalanan kami tidak di benarkan bising tapi perlu menggunakan mata dan telinga sahaja. Kalau kami bising sepanjang perjalanan akan berasa letih. 

7.20 pagi : Ø Kami mula perjalanan merentasi hutan. Semasa kami berjalan, banyak halangan yang perlu kami lalui. Macam-macam reaksi pelajar semasa jungle traking ini. Walaupun banyak halangan ketika menaiki bukit tetapi kami tetap nak pergi ke tempat Air Terjun itu. 

9.20 pagi : Ø Setelah 2 jam Kami berjalan akhirnya sampai di tempat air tejun. Abang Edy menyuruh kami berehat dulu 2 atau 3 minit lepas itu baru boleh mandi. Airnya sangat sejuk dan macam-macam aksi yang kami lakukan. 

10.00 pagi : Ø Habis mandi kami diarahkan supaya duduk dalam kumpulan masing-masing. Setiap ketua kumpulan perlu memastikan anak buahnya cukup. Kemudian kami bertolak turun daripada bukit. 

12.30 tengahari : Ø Selanjutnya kami sampai di sebuah perkampungan. Pelajar dan asatizah perlu melalui perkampungan itu dan baru sampai di tempat yang di mana kami berkumpul mula-mula sekali iaitu dewan. Kami rasa sangat seronok sepanjang aktiviti jungle treking ini. 

12.45 tengahari : Ø Ustaz megat menyuruh kami mandi dan bersiap untuk solat fardhu zohor berjemaah.

1.00 tengahari : Ø Semua pelajar perlu mengambil wuduk dan duduk di dalam saf untuk sembahyang zohor jamakdenganasar yang di imamkan oleh Ustaz Syakirin. Selesai solat semua pelajar perlu beratur untuk mengambil makanan. 

1.30 tengahari : Ø Pelajar di benarkan balik ke chalet masing-masing untuk menukar pakaian sukan. 

1:35 tengahari : Ø Pelajar berkumpul di tepi dewan untuk aktiviti sukaneka. Permainannya ialah : a) Pertahanan panji b) Pijak belon sampai pecah c) Makan epal yang di gantung. 

4.30 petang : Ø Selepas selesai sukaneka, ustaz memberi kebenaran mandi dalam sungai. 

6.30 petang ; Ø Pelajar mesti bersiap untuk solat maghrib berjemaah di dewan. 

7.15 malam : Ø Pelajar dan asatizah solat berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Syakirin. 

8.30 malam : Ø Kami di beritahu oleh Ustaz Megat tentang aktiviti night walk akan diadakan. Dan kami di arahkan supaya beratur untuk memastikan pelajar semua cukup. 

9.00 malam : Ø Kami berkumpul di satu kawasan dan kami di lepaskan 2 orang dan seterusnya. Macam-macam bunyi kami lalu di tempat yang gelap dan sunyi. 

11.10 malam: Ø Alhamdulillah, akhirnya kami semua sampai di kawasan chalet. Kami di minta beratur mengikut barisan untuk makan BBQ dan makanan yang telah disediakan oleh pihak chalet.

11.30 malam : Ø Selesai sudah kami makan di kantin. Ustaz Megat dan Ustaz Elyasa menyuruh semua pelajar masuk ke chalet masing-masing kerana hari sudah lewat malam. Ketua chalet perlu memastikan anak buahnya cukup dan tidak berlengah di luar lagi.

12 disember 2013 (Rabu)

5.30 pagi : Ø Kami dikejutkan oleh Ustaz Firdaus untuk bersiap-siap menunaikan solat fardhu subuh berjemaah di dewan yang akan di imamkan oleh Ustaz Syakirin. 

6.30 pagi : Ø Selepas selesai solat, kami di minta balik chalet masing-masing untuk menukar pakaian sukan. 

7.00 pagi : Ø Kami berkumpul di tepi dewan bagi acara senaman pagi yang di ketuai oleh saudara Danial hazim. 

7.30 pagi : Ø Kami diminta ke ruang makan untuk menjamu santapan pagi, yang telah disediakan oleh pihak chalet. Makanan yang telah disediakan sungguh enak dan lazat. 

8:00 pagi : Ø Kami diminta mengutip sampah di kawsan perkaraangan dewan dan chalet. Kami diberikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan ini. Setiap dari kumpulan itu telah diberikan oleh mereka akan satu beg palstik sampah. 

8:30 pagi : Ø Kami dibenarkan untuk mandi sungai oleh Ustaz Megat. 

10:30 pagi : Ø Kami diminta naik daripada sungai bagi bersiap-siap mengemaskan barang untuk pulang pada hari ini. 

11:35 pagi : Ø Setelah selesai, kami diminta mengangkat barang-barang untuk dibawa ke dewan. Ketua chalet harus memastikan chalet yang mereka duduki haruslah bersih seperti mana sedia kala. 

12:00 tengahari : Ø kami diminta beratur mengikut kumpulan masing-masing untuk membuat persembahan dalamkumpulan.Antara persembahan yang dijalankan mengikut kumpulan ialah: 1) Pentomen 2) Sajak berkumpulan 3) Nasyid 4) Lakonan berita 5) Dikir barat 6) Spontan ABC 

1:10 tengahari : Ø Sudah masuk waktu zohor,akan tetapi bas tidak muncul lagi. Ustaz mengambil keputusan untuk solat jamak zohor dan asar dahulu sementara menunggu bas datang. Telah diimamkan oleh Ustaz Syakirin. 

2:15 tengahari : Ø Bas tiba di perkarangan chalet. Kami sempat bergambar dan bersalaman bersama ahli-ahli chalet dan lain-lain. Kami berasa sedih kerana tanpa diduga, hari ini kami akan meninggalkan tempat yang indah dan nyaman ini. 

2.20 tengahari : Ø Pelajar bas 1 di arahkan supaya masuk ke dalam bas 2 kerana bas 1 terkandas di luar akibat reka bentuknya. 

2.40 tengahari : Ø Bas 2 dan bas 1 mula bertolak dari kawasan itu. Sepanjang perjalanan dalam bas, pembantu pemandu bas menayangkan video "apa tengok-tengok". 

3.30 petang : Ø Kami berhenti di Perhentian Rawang. Kami di benarkan untuk membeli dan pergi ketandas dan diberi masa selama 30 minit sahaja. 

4.00 petang : Ø Semua pelajar di kehendaki supaya beratur di tepi bas untuk memastikan semua pelajar cukup dan tidak tertinggal. Kami mula bertolak dari perhentian rawang.

6.00 petang : Ø Alhamdulillah, kami sampai jugak ke destinasi yang kami ingin tuju iaitu MTQ 7. Semua pelajar bermuka mengantuk dan lesu disepanjang perjalanan untuk ke sini, mereka semua tertidur kerana terlalu penat disebabkan aktiviti yang telah mereka lakukan. Semua pelajar diminta mengambil barang-barang mereka di bawah bas untuk membawa masuk ke dalam asrama. Kami semua keletihan tetapi gembira kerana dapat menimba pengalaman baru dan kami harap kepada pihak sekolah dapat menganjurkan program sebegini pada tahun-tahun akan datang. 

SEKIAN DARIPADA TEAM USTAZ MEGAT 
DITULISOLEH :-MUHAMMAD HAFIZ DAUD 
 DIKETUAI OLEH :-MUHAMMAD SYAWAL 
"HUFFAZ BERTAQWA PEMIMPIN UMMAH"

Laporan Rehlah Sungai Lopo (1)

معهد تحفيظ القرءان والقراءات الدين-7- 
 LAPORAN REHLAH 2013 
(SUNGAI LOPO, HULU LANGAT) 

10 DISEMBER 2013 

5.30 pagi : 
-Kami bangun untuk mendirikan solat subuh. Setelah selesai solat Subuh,kami pun berkumpul di dalam surau bersama bagasi kami yang ingi dibawa pergi rehlah. 

-Ustaz telah mengarahkan setiap ketua untuk menyemak barang –barang di dalam bagasi anak buah masing-masing. 

-Setelah selesai, kami pun menunggu kedatangan Bas Sapinaz yang akan membawa kami ke Hulu Langat. 

8.45 pagi : 
-Bas pun tiba yang sekolah telah menyewa 2 buah bas yang bewarna emas dan ungu yang bernama Sapinaz. 

-Ustaz memilih beberapa orang pelajar yang berkemampuan untuk mengangkat barang-barang seperti makanan dan minuman untuk di letakkan ke dalam bas. 

-Kami membuat kiraan melalui kumpulan masing-masing sebelum memasuki bas. 

-Akhirnya semua pelajar telah memasuki bas dengan teratur dan bas bersedia untuk bertolak. 

9.00 pagi : 
-Bas pun bertolak dari sekolah ke selangor. Pemandu bas itu memandu dengan cermat dan berhati-hati. 

-Semua pelajar duduk dengan selesa bersama partner sendiri. Kemudian kami beristirehat di perhentian Ulu Bernam. 

-Kami makan Nasi Lemak yang di sediakan oleh sekolah. Setelah selesai kami pun bersiar-siar sambil membeli barang dan meneruskan perjalanan. 

-Ketika dalam perjalanan, pemandu bas memasang tayangan movie ‘Bikers Kental’ supaya kami tidak bosan ketika dalam perjalanan ke Hulu Langat. 

1.00 tengahari: 
-Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba ke destinasi yang kami tuju iaitu Sungai Lopo Village. 

-Semua pelajar mengangkat bagasi masing-masing ke dalam dewan utama. Setelah selesai kami menunaikan solat jamak bersama-sama. 

-Setelah selesai solat,kami membawa bagasi masing-masing ke tempat yang bakal kami tidur. 

-Ianya lebih menyerupai sebuah pondok (rumbia) tetapi sudah memadai buat kami. Sebelum itu kami mengemas pondok tersebut kemudian barulah kami boleh berehat dengan tenang. 

4.00 petang: 
-Ustaz menyuruh kami berkumpul kerana terdapat beberapa acara yang ustaz ingin kami sertai. 

-Salah satunya ialah sukaneka. Semua pelajar wajib terlibat dengan setiap acara yang sekolah telah adakan. 

-Kami bersukaneka dengan gembira sehingga pukul 5.45 petang. Kemudian para ustaz mengizinkan kami untuk beriadah di dalam sungai yang sangat indah dan nyaman. 

6.45 petang: 
-Setelah selesai bermandi-manda. Kami pun membawa barang mandi masing-masing ke dalam tandas dan mandi dengan cara yang bersih. 

-Kemudian pada pukul 7.00 petang, kami semua berkumpul di dewan utama sambil menunggu azan maghrib dilaungkan. 

-Setelah masuk waktu, kami teruskan solat jamak ta’khir bersama-sama. Solat kami telah diketuai oleh Maulana Ustaz Sakereen. 

-Akhirnya tugas kami sebagai seorang Islam yang beriman telah dilaksanakan dengan solat. Kerana solat itu tiang agama.Tanpa tiang runtuhlah akhlak seorang mukmin. 

7.30 petang: 
-Kami pun beratur di kantin kem kami untuk sesi makan malam.Kami wajib menunggu setiap orang mengambil makanan untuk membaca doa secara berjemaah. Barulah kami boleh makan dengan penuh nikmat. -Setelah selesai kami berkumpul semula di dewan utama untuk sesi “Mini Forum” yang akan disampaikan oleh Ustaz Iskandar dan Ustaz Amiruddin. 

-Perbincangan mereka atau bab yang akan mereka sampaikan ialah tentang perkara kewajiban menuntut ilmu. -Sesi itu mengambil masa kira-kira satu jam dari pukul 8.30 malam sehingga pukul 9.30 malam. 

9.45 malam: 
-Setelah selesai sesi mini forum itu. Ustaz membenarkan kami untuk menonoton tayangan video yang berjudul ‘Laskar Pelangi’ yang tidak kurang bosannya. 

-Kisah tentang tayangan yang kami tonton ini ialah tentang beberapa orang pelajar yang tidak mudah berputus asa meskipun mereka orang miskin. 

-Kisahnya sangat tragik dan mengayat hati penonton. Sewaktu tayangan video berlangsung,terdapat ramai pelajar yang tertidur akibat terlalu penat dan lesu. -Setelah selesai sesi tayangan video itu,ustaz membenarkan kami balik ke pondok masing-masing dan bersedia untuk tidur malam. 

11 DISEMBER 2013 

5.30 pagi: 
-Ustaz mengejut semua pelajar yang sedang tidur dengan cara mengetuk pintu dengan kuat dan menyuruh kami pergi ke dewan utama untuk menunaikan solat subuh. 

-Ketua kami pun mengejut kami yang masih mamai dengan cara tergesa-gesa. Kalau tidak mahu kena sebat. 

-Kami pun bergegas memakai baju melayu bersama baju sejuk kerana kawasan itu berada di dalam hutan dan cuacanya amat sejuk. 

7.00 pagi: 
-Setelah selesai solat subuh secara berjemaah,kami diminta berkumpul di padang untuk sesi menerokai hutan atau lebih dikenali sebagai “Jungle Trackking”. 

-Sebelum memulakan perjalanan,kami perlu memanaskan badan untuk mengumpul stamina kerana perjalanannya mengambil masa 4 jam dan jalannya sangat bahaya. 

-Abang Eddie yang akan mengetuai kami ketika menerolai hutan itu hendak mengambil masa selama 5 minit untuk menyampaikan taklimat tentang Jungle trackking ini kerana dia lebih berpengalaman daripada kami. 

7.45 pagi: 
-Setelah selesai diberi taklimat. Ustaz memberi satu botol kepada setiap pelajar dan kami pun meneruskan perjalanan. Perjalanannya amat panjang, berlumpur, licin dan curam. 

-Abang Eddie kata tujuan kita yang sebenarnya adalah untuk pergi ke tempat air terjun yang sangat indah dan yang tercantik di Hulu Langat . 

-Kami semua terus bersemangat untuk mendaki gunung yang curam itu. Kemudian kami berehat seketika setelah 1 jam perjalanan. 

-Cuaca telah mula kesejukkan kerana kami berada di pertengahan gunung Sungai Lopo. 

8.45 pagi: 
-Badan mula terhuyung-hayang dan kumpulan mula berpecah. Abang Eddie sangat kecewa. Kemudian kami berhenti di satu papan tanda yang amat lama. 

-Abang berpesan kejadian ini hampir sama dengan kami. Papan itu memberi satu nama Alistair Henley yang memberi makna kepada semua perkara. 

-Kami yang mendengarnya berasa takut dan berjanji akan berjalan dengan teratur dan berjalan di dalam satu kumpulan. 

10.30 pagi: 
-Akhirnya kami semua tiba di air terjun yang kami nanti-nantikan semenjak kami memulakan perjalanan. 

-Abang Eddie membenarkan kami berendam di Air terjun. Sebelum itu kami harus buka kasut kalau tidak mahu demam. 

-Air yang kami mandi sangat sejuk kerana kami berada betul-betul di puncak gunung.Jadi tidak perlu tanyalah mengapa suhu airnya sangat sejuk. 

-Setelah satu jam bermandi-manda di sungai itu, kami mengeringkan baju dan bersedia untuk pergi. 

1.00 tengahari: 
-Akhirnya kami tiba di kem kami. Ustaz menyuruh kami berkumpul di dewan utama sebelum balik ke pondok masing-masing untuk memastikan bilangannya mencukupi. 

-Kami solat jamak secara berjemaah,setelah selesai. Kami menjamu selera di kantin kem itu dan barulah kami pulang ke pondok masing-masing untuk berehat sehingga pukul 4.00 petang. 

-Balik ke pondok ,kami terus terlentang akibat terlalu letih. Bayangkan 4 jam berjalan tanpa berhenti hampir terkeluar tulang rasanya. 

4.15 petang: 
-Kami semua berkumpul di dewan utama untuk menyelesaikan sشtu lagi acara iaitu acara pertahan panji. Permainannya mengambil masa selama 1 jam dari pukul 4.30 petang sehinnga pukul 5.30 petang. 

-Setelah selesai, ustaz membenarkan kami berendam atau bermandi-manda di sungai. Kemudian kami terpaksa berhenti mandi akibat cuaca yang tidak mengizinkan. 

-Hujan amat lebat telah menyebabkan air sungai menjadi kuat dan deras. Jadi kami terpaksa berhenti pada pukul 6.15 petang. 

6.15 petang: 
-Kami semua bersiap seperti mandi dan berehat di dewan utama sehingga pukul 7.00 petang sementara menunggu masuk waktu solat maghrib. 

-Kami pun solat jamak secara jemaah,setelah selesai Ustaz Megat menyampaikan sedikit ceramah tentang menjaga mata dari perkara maksiat. 

-Kemudian kami adakan sesi berjalan di waktu malam atau lebih dikenali sebagai “nightwalk”. Namun terdapat sedikit kekecewaan bahawa seorang rakan kamitidak dapat menyertai kerana gastrik yang bernama Fakrul. 

-Setelah selesai,kami menjamu selera BBQ yang telah disediakan oleh makcik kantin. Setelah kekenyangan, barulah kami tidur di pondok masing-masing. 

12 DISEMBER 2013 

5.30 pagi: 
-Majlis Perwakilan Pelajar (Mpp) sekolah mengejutkan kami dengan cara mengetuk pintu dengan kuat. Kami semua bersiap ke dewan utama untuk menunaikan solat subuh. 

-Setelah selesai, kami berkumpul di padang dengan berpakaian sukan untuk membuat sedikit renggangan badan. 

-Setelah selesai, ustaz menyuruh kami membersihkan kawasan padang sebelah dewan. Kami telah deipecahkan kepada beberapa kumpulan. 

-Akhirnya kawasan telah bersih,ustaz membenarkan kami mandi puas-puas di sungai sebelum balik. 

11.00 pagi: 
-Setelah selesai mandi, kami pun bersiap ,mengemas barang dan membersihkan pondok masing-masing sebelum meninggalkan pondok. 

-Pelajar yang dah siap diminta berkumpul di dewan utama. Kemudian Ustaz Duad telah membuat satu sesi yang mengeluarkan bakat–bakat unik yang ada pada para pelajar sementara menunggu bas Sapinaz. 

-Akhirnya bas pun tiba pada pukul 2 petang.kami yang bas 2 terpaksa menunggu bas 1 menggunakan bas kami sehingga keluar dari kawasan kampung kerana bas 1 besar dan tinggi risau-risau tidak muat. 

3.00 petang: 
-Apabila semua pelajar telah selesai, kami pun bersedia untuk bertolak ke Perak iaitu rumah Syurga kami. 

-Sementara itu,setiap pemandu bas memasang tayangan video di dalam setiap bas supaya pelajar tidak bosan. 

-Setelah satu jam perjalanan, kami berhenti di perhentian rehat Rawang di Selangor untuk membeli barang yang diingini di sana. 

-Terdapat beberapa pelajar yang makan dengan enak sekali akibat terlalu lapar bersama ustaz-ustaz. 

-Setelah satu jam perhentian, kamipun meneruskan perjalanan ke Perak dengan tenang dan tenteram. 

6.00 petang: 
-Alhamdulillah akhirnya kami tiba di sekolah yang tersayang dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.perjalanannya amat letih tetapi kami berasa amat berpuas hati. 

-Berbaloi harga yang kami bayar kerana kami rasa aktiviti di sana lebih banyak timbangan daripada duit yang kami bayar.

-Kami berharap agar sekolah akan membuat rehlah yang lebih seronok pada tahun atau masa yang akan datang jika ada rezeki. INSYA ALLAH… 


SEKIAN DARIPADA TEAM USTAZ FIRDAUS 
DITULISOLEH :-MUHAMMAD IRFAN AZRI BIN ABD HALIM 
DIKETUAI OLEH :-MUHAMMAD WAFIY BIN HUSNI
"HUFFAZ BERTAQWA PEMIMPIN UMMAH"

Isnin, 14 Oktober 2013

Perutusan Hari Raya Aidiladha 1434



Segala puji bagi Allah di atas segala nikmat pemberiannya dan yang teragung dari sekalian nikmat tersebut adalah nikmat Iman dan Islam. Kita tidak pernah meminta nikmat ini apakan lagi membayar atau melakukan apa-apa usaha untuk mendapatkannya. Ini adalah sebesar-besar ihsan daripada Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. 

“Adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)”. (Surah Az-Zumar: Ayat 22) 

Telah menjadi kebiasaan manusia jika memperolehi sesuatu tanpa usaha dan pengorbanan, perkara tersebut akan disia-siakan. Peristiwa ini dapat kita lihat dalam kisah kehidupan manusia sehari-hari di mana apa-apa perkara yang diberikan dengan percuma, murah, mudah dan apa yang dalam pengertian tersebut maka luputlah dari manusia sifat menghargai dan bersyukur. 

Bagitulah halnya dengan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Pengorbanan perlu dibuat bagi memastikan komitmen kita sebagai hamba sentiasa konsisten. Hanya dengan pengorbanan akan dapat membuktikan cinta dan sayang kita kepada Agama ini. Walau apapun harganya yang perlu dibayar kita akan sanggup demi memperolehi cinta Allah dan Rahmat-Nya. 


“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah Fusshilat: Ayat 30) 

Sesungguhnya Ibadah Qurban adalah sebuah perintah yang padanya mempunyai tujuan yang nyata dan maknawi. Tujuan yang nyata antaranya dengan adanya sembelihan Qurban maka berlakunya hubungan sosial yang baik antara masyarakat Islam. Dimulai dengan solat sunat Aidil Adha. Setelah itu mereka bersama dalam menyediakan haiwan sembelihan dan kemudian melaksanakan penyembelihan dan dibahagi-bahagikan dagingnya kepada seluruh masyarakat setempat. Sebahagian yang lain mengadakan jamuan makan dan sebagainya. Hubungan antara golongan atasan, pertengahan dan bawahan dalam masyarakat dapat dieratkan sehingga timbul kasih sayang di antara mereka. Orang yang kurang berkemampuan dan organisasi kebajikan mendapat faedahnya banyak dari tujuan zahir ini. Bahkan ada yang melaksanakan sembelihan diluar negara iaitu di negara-negara yang memerlukan. Alhamdulilah segala puji bagi Allah kerana telah memberikan taufiq ke atas kita untuk semua kebaikan ini. 

“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar Ugama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin”. (Surah Al-Hajj: Ayat 32) 

Tetapi pengertian Qurban tidak sekadar terhenti di situ semata-mata. Qurban jauh lebih dalam dari apa yang rutin dan adat kita laksanakan pada setiap tahun apabila 10 Zulhijjah menjelma. Kita dapat melihat perkara ini berdasarkan kepada Firman Allah swt: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu”. (Surah Al-Hajj: Ayat 37) 

Tujuan pensyariatan Ibadah Qurban ini dari sudut maknanya dapat kita lihat dari kisah sebab pensyariatan Qurban itu sendiri iaitu kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. Setelah menjaga anaknya sehingga remaja Allah memerintahkan supaya anaknya disembelih. “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (Surah As-Shofat: Ayat 102)

Bayangkan pengorbanan apakah yang lebih besar bagi seorang ayah untuk menyembelih anaknya sendiri. Betapa beratnya perintah yang diterima namun kerana itu adalah perintah Allah maka beliau taat kepada-Nya. Inilah intipati kepada Ibadah Qurban itu sendiri. Semua rasul dan nabi melaksanakan pengorbanan. Demi menyebarkan agama Allah mereka dicaci, dimaki dan dikeji. Ada yang dipukul, direjam dan diusir bahkan ada yang dibunuh. Begitulah kekasih-kekasih Allah. Mereka telah mengorbankan harta, masa bahkan nyawa mereka demi Agama ini. 


“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian Yang lain pula kamu membunuhnya”? (Surah Al-Baqarah: Ayat 87)

Tidak kurangnya pengorbanan yang dibuat Baginda Nabi Muhammad Selawat dan Salam ke atasnya. Pelbagai penghinaan dan cacian, kesusahan demi kesusahan dari tahapan Makkah ke perjuangan menegak Islam di Madinah dengan penyebaran risalah dan peperangan tanpa rehat semuanya ini dilaksanakan demi cinta Allah dan pengorbanan untuk umatnya yang dikasihi. Al-Quran turun secara berperingkat-peringkat dalam tahapan-tahapan pengorbanan tersebut. Maka seorang dari guru saya berpesan bahawa untuk memahami al-Quran tanpa melakukan pengorbanan maka itu suatu yang tidak akan berhasil. Seterusnya pengorbanan Rasulullah dan sahabat disambung oleh para salafussoleh dalam mengembangkan agama ini dengan pelbagai cabaran sehingga sampai kepada kita pada hari ini. 


Syeikh as-Syahid Abdullah Azzam Rah berkata: “Para salafussoleh menulis sejarah ini dengan dua warna. Satu berwarna hitam dan satu lagi bewarna merah. Yang hitam itu adalah dakwat para ulama dan yang merah itu adalah darah para syuhada”. 




Bersempena dengan Hari Raya Qurban ini bersama-samalah kita memuhasabah sejauh manakah tahap pengorbanan yang telah kita berikan untuk Agama ini. Kita sering memikirkan “apa yang saya patut dapat” namun seringkali terlupa mengenai “apa yang patut saya berikan”. Kami menyeru kepada diri kami sendiri dan saudara-saudara semua untuk bersama-sama kita berkorban demi Agama yang tercinta ini sehingga kemanisan iman sampai ke dalam hati sanubari kita. Semoga Allah mengaugerahkan hakikat ini kepada kita. Sesiapa yang tidak memberi apa-apa tidak akan menerima apa-apa. 


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (Surah Al-Ankabut: Ayat 69) 

Akhir kata dari kami warga MTQ-7 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ibubapa dan semua yang menyokong kami. Bagi mereka-mereka yang sedang menunaikan ibadah haji, kita berdoa kepada Allah mudah-mudah Allah menerima haji mereka dan memberikan keselamatan ketika pergi dan pulang semula ke kampung halaman masing sebagai seseorang yang seperti “baru dilahirkan”. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan berupa tenaga, idea dan wang ringgit atau sebagainya bagi menyokong kami dalam rangka melaksanakan agenda pendidikan Islam di Ma'ahad ini. Segala amal bakti sumbangan anda akan dibalas oleh Allah di dunia dengan penuh keberkatan dan akhirat dengan rahmat dan keampunan. 

Ahmad Rais Bin Ismail 
Pengetua MTQ-7 


10 Zulhijjah 1434 H bersamaan 15 Oktober 2013 M 
Selasa, 01.40 am. Terengganu, Malaysia.

Rabu, 28 Ogos 2013

Syarat-Syarat Kemasukan



Syarat-syarat kemasukan ke Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN-7

> Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 hanya terbuka kepada pelajar lelaki. 

> Berumur 13 tahun pada 01 Januari tahun berkenaan.

> Boleh membaca Al-Quran dengan baik. 

> Berminat untuk menghafal Al-Quran.

> Lulus temuduga khas yang akan diadakan.

> Bersedia tinggal di asrama. 

> Bersedia untuk ditempatkan dimana-mana cawangan MTQ ADDIN lain.
Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.