Sabtu, 21 Disember 2013

Laporan Rehlah Sungai Lopo (1)

معهد تحفيظ القرءان والقراءات الدين-7- 
 LAPORAN REHLAH 2013 
(SUNGAI LOPO, HULU LANGAT) 

10 DISEMBER 2013 

5.30 pagi : 
-Kami bangun untuk mendirikan solat subuh. Setelah selesai solat Subuh,kami pun berkumpul di dalam surau bersama bagasi kami yang ingi dibawa pergi rehlah. 

-Ustaz telah mengarahkan setiap ketua untuk menyemak barang –barang di dalam bagasi anak buah masing-masing. 

-Setelah selesai, kami pun menunggu kedatangan Bas Sapinaz yang akan membawa kami ke Hulu Langat. 

8.45 pagi : 
-Bas pun tiba yang sekolah telah menyewa 2 buah bas yang bewarna emas dan ungu yang bernama Sapinaz. 

-Ustaz memilih beberapa orang pelajar yang berkemampuan untuk mengangkat barang-barang seperti makanan dan minuman untuk di letakkan ke dalam bas. 

-Kami membuat kiraan melalui kumpulan masing-masing sebelum memasuki bas. 

-Akhirnya semua pelajar telah memasuki bas dengan teratur dan bas bersedia untuk bertolak. 

9.00 pagi : 
-Bas pun bertolak dari sekolah ke selangor. Pemandu bas itu memandu dengan cermat dan berhati-hati. 

-Semua pelajar duduk dengan selesa bersama partner sendiri. Kemudian kami beristirehat di perhentian Ulu Bernam. 

-Kami makan Nasi Lemak yang di sediakan oleh sekolah. Setelah selesai kami pun bersiar-siar sambil membeli barang dan meneruskan perjalanan. 

-Ketika dalam perjalanan, pemandu bas memasang tayangan movie ‘Bikers Kental’ supaya kami tidak bosan ketika dalam perjalanan ke Hulu Langat. 

1.00 tengahari: 
-Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba ke destinasi yang kami tuju iaitu Sungai Lopo Village. 

-Semua pelajar mengangkat bagasi masing-masing ke dalam dewan utama. Setelah selesai kami menunaikan solat jamak bersama-sama. 

-Setelah selesai solat,kami membawa bagasi masing-masing ke tempat yang bakal kami tidur. 

-Ianya lebih menyerupai sebuah pondok (rumbia) tetapi sudah memadai buat kami. Sebelum itu kami mengemas pondok tersebut kemudian barulah kami boleh berehat dengan tenang. 

4.00 petang: 
-Ustaz menyuruh kami berkumpul kerana terdapat beberapa acara yang ustaz ingin kami sertai. 

-Salah satunya ialah sukaneka. Semua pelajar wajib terlibat dengan setiap acara yang sekolah telah adakan. 

-Kami bersukaneka dengan gembira sehingga pukul 5.45 petang. Kemudian para ustaz mengizinkan kami untuk beriadah di dalam sungai yang sangat indah dan nyaman. 

6.45 petang: 
-Setelah selesai bermandi-manda. Kami pun membawa barang mandi masing-masing ke dalam tandas dan mandi dengan cara yang bersih. 

-Kemudian pada pukul 7.00 petang, kami semua berkumpul di dewan utama sambil menunggu azan maghrib dilaungkan. 

-Setelah masuk waktu, kami teruskan solat jamak ta’khir bersama-sama. Solat kami telah diketuai oleh Maulana Ustaz Sakereen. 

-Akhirnya tugas kami sebagai seorang Islam yang beriman telah dilaksanakan dengan solat. Kerana solat itu tiang agama.Tanpa tiang runtuhlah akhlak seorang mukmin. 

7.30 petang: 
-Kami pun beratur di kantin kem kami untuk sesi makan malam.Kami wajib menunggu setiap orang mengambil makanan untuk membaca doa secara berjemaah. Barulah kami boleh makan dengan penuh nikmat. -Setelah selesai kami berkumpul semula di dewan utama untuk sesi “Mini Forum” yang akan disampaikan oleh Ustaz Iskandar dan Ustaz Amiruddin. 

-Perbincangan mereka atau bab yang akan mereka sampaikan ialah tentang perkara kewajiban menuntut ilmu. -Sesi itu mengambil masa kira-kira satu jam dari pukul 8.30 malam sehingga pukul 9.30 malam. 

9.45 malam: 
-Setelah selesai sesi mini forum itu. Ustaz membenarkan kami untuk menonoton tayangan video yang berjudul ‘Laskar Pelangi’ yang tidak kurang bosannya. 

-Kisah tentang tayangan yang kami tonton ini ialah tentang beberapa orang pelajar yang tidak mudah berputus asa meskipun mereka orang miskin. 

-Kisahnya sangat tragik dan mengayat hati penonton. Sewaktu tayangan video berlangsung,terdapat ramai pelajar yang tertidur akibat terlalu penat dan lesu. -Setelah selesai sesi tayangan video itu,ustaz membenarkan kami balik ke pondok masing-masing dan bersedia untuk tidur malam. 

11 DISEMBER 2013 

5.30 pagi: 
-Ustaz mengejut semua pelajar yang sedang tidur dengan cara mengetuk pintu dengan kuat dan menyuruh kami pergi ke dewan utama untuk menunaikan solat subuh. 

-Ketua kami pun mengejut kami yang masih mamai dengan cara tergesa-gesa. Kalau tidak mahu kena sebat. 

-Kami pun bergegas memakai baju melayu bersama baju sejuk kerana kawasan itu berada di dalam hutan dan cuacanya amat sejuk. 

7.00 pagi: 
-Setelah selesai solat subuh secara berjemaah,kami diminta berkumpul di padang untuk sesi menerokai hutan atau lebih dikenali sebagai “Jungle Trackking”. 

-Sebelum memulakan perjalanan,kami perlu memanaskan badan untuk mengumpul stamina kerana perjalanannya mengambil masa 4 jam dan jalannya sangat bahaya. 

-Abang Eddie yang akan mengetuai kami ketika menerolai hutan itu hendak mengambil masa selama 5 minit untuk menyampaikan taklimat tentang Jungle trackking ini kerana dia lebih berpengalaman daripada kami. 

7.45 pagi: 
-Setelah selesai diberi taklimat. Ustaz memberi satu botol kepada setiap pelajar dan kami pun meneruskan perjalanan. Perjalanannya amat panjang, berlumpur, licin dan curam. 

-Abang Eddie kata tujuan kita yang sebenarnya adalah untuk pergi ke tempat air terjun yang sangat indah dan yang tercantik di Hulu Langat . 

-Kami semua terus bersemangat untuk mendaki gunung yang curam itu. Kemudian kami berehat seketika setelah 1 jam perjalanan. 

-Cuaca telah mula kesejukkan kerana kami berada di pertengahan gunung Sungai Lopo. 

8.45 pagi: 
-Badan mula terhuyung-hayang dan kumpulan mula berpecah. Abang Eddie sangat kecewa. Kemudian kami berhenti di satu papan tanda yang amat lama. 

-Abang berpesan kejadian ini hampir sama dengan kami. Papan itu memberi satu nama Alistair Henley yang memberi makna kepada semua perkara. 

-Kami yang mendengarnya berasa takut dan berjanji akan berjalan dengan teratur dan berjalan di dalam satu kumpulan. 

10.30 pagi: 
-Akhirnya kami semua tiba di air terjun yang kami nanti-nantikan semenjak kami memulakan perjalanan. 

-Abang Eddie membenarkan kami berendam di Air terjun. Sebelum itu kami harus buka kasut kalau tidak mahu demam. 

-Air yang kami mandi sangat sejuk kerana kami berada betul-betul di puncak gunung.Jadi tidak perlu tanyalah mengapa suhu airnya sangat sejuk. 

-Setelah satu jam bermandi-manda di sungai itu, kami mengeringkan baju dan bersedia untuk pergi. 

1.00 tengahari: 
-Akhirnya kami tiba di kem kami. Ustaz menyuruh kami berkumpul di dewan utama sebelum balik ke pondok masing-masing untuk memastikan bilangannya mencukupi. 

-Kami solat jamak secara berjemaah,setelah selesai. Kami menjamu selera di kantin kem itu dan barulah kami pulang ke pondok masing-masing untuk berehat sehingga pukul 4.00 petang. 

-Balik ke pondok ,kami terus terlentang akibat terlalu letih. Bayangkan 4 jam berjalan tanpa berhenti hampir terkeluar tulang rasanya. 

4.15 petang: 
-Kami semua berkumpul di dewan utama untuk menyelesaikan sشtu lagi acara iaitu acara pertahan panji. Permainannya mengambil masa selama 1 jam dari pukul 4.30 petang sehinnga pukul 5.30 petang. 

-Setelah selesai, ustaz membenarkan kami berendam atau bermandi-manda di sungai. Kemudian kami terpaksa berhenti mandi akibat cuaca yang tidak mengizinkan. 

-Hujan amat lebat telah menyebabkan air sungai menjadi kuat dan deras. Jadi kami terpaksa berhenti pada pukul 6.15 petang. 

6.15 petang: 
-Kami semua bersiap seperti mandi dan berehat di dewan utama sehingga pukul 7.00 petang sementara menunggu masuk waktu solat maghrib. 

-Kami pun solat jamak secara jemaah,setelah selesai Ustaz Megat menyampaikan sedikit ceramah tentang menjaga mata dari perkara maksiat. 

-Kemudian kami adakan sesi berjalan di waktu malam atau lebih dikenali sebagai “nightwalk”. Namun terdapat sedikit kekecewaan bahawa seorang rakan kamitidak dapat menyertai kerana gastrik yang bernama Fakrul. 

-Setelah selesai,kami menjamu selera BBQ yang telah disediakan oleh makcik kantin. Setelah kekenyangan, barulah kami tidur di pondok masing-masing. 

12 DISEMBER 2013 

5.30 pagi: 
-Majlis Perwakilan Pelajar (Mpp) sekolah mengejutkan kami dengan cara mengetuk pintu dengan kuat. Kami semua bersiap ke dewan utama untuk menunaikan solat subuh. 

-Setelah selesai, kami berkumpul di padang dengan berpakaian sukan untuk membuat sedikit renggangan badan. 

-Setelah selesai, ustaz menyuruh kami membersihkan kawasan padang sebelah dewan. Kami telah deipecahkan kepada beberapa kumpulan. 

-Akhirnya kawasan telah bersih,ustaz membenarkan kami mandi puas-puas di sungai sebelum balik. 

11.00 pagi: 
-Setelah selesai mandi, kami pun bersiap ,mengemas barang dan membersihkan pondok masing-masing sebelum meninggalkan pondok. 

-Pelajar yang dah siap diminta berkumpul di dewan utama. Kemudian Ustaz Duad telah membuat satu sesi yang mengeluarkan bakat–bakat unik yang ada pada para pelajar sementara menunggu bas Sapinaz. 

-Akhirnya bas pun tiba pada pukul 2 petang.kami yang bas 2 terpaksa menunggu bas 1 menggunakan bas kami sehingga keluar dari kawasan kampung kerana bas 1 besar dan tinggi risau-risau tidak muat. 

3.00 petang: 
-Apabila semua pelajar telah selesai, kami pun bersedia untuk bertolak ke Perak iaitu rumah Syurga kami. 

-Sementara itu,setiap pemandu bas memasang tayangan video di dalam setiap bas supaya pelajar tidak bosan. 

-Setelah satu jam perjalanan, kami berhenti di perhentian rehat Rawang di Selangor untuk membeli barang yang diingini di sana. 

-Terdapat beberapa pelajar yang makan dengan enak sekali akibat terlalu lapar bersama ustaz-ustaz. 

-Setelah satu jam perhentian, kamipun meneruskan perjalanan ke Perak dengan tenang dan tenteram. 

6.00 petang: 
-Alhamdulillah akhirnya kami tiba di sekolah yang tersayang dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.perjalanannya amat letih tetapi kami berasa amat berpuas hati. 

-Berbaloi harga yang kami bayar kerana kami rasa aktiviti di sana lebih banyak timbangan daripada duit yang kami bayar.

-Kami berharap agar sekolah akan membuat rehlah yang lebih seronok pada tahun atau masa yang akan datang jika ada rezeki. INSYA ALLAH… 


SEKIAN DARIPADA TEAM USTAZ FIRDAUS 
DITULISOLEH :-MUHAMMAD IRFAN AZRI BIN ABD HALIM 
DIKETUAI OLEH :-MUHAMMAD WAFIY BIN HUSNI
"HUFFAZ BERTAQWA PEMIMPIN UMMAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.