Memaparkan catatan dengan label Program Luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Luar. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Program Bersama JPJ Ipoh

Menerima Sumbangan dari Pengarah JPJ Ipoh.


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang sentiasa tidak terhitung. Baru-baru ini Kami Pihak Sekolah menerima pula pelawaan daripada JPJ Ipoh untuk Program Kebajikan mereka di Sekolah kami. Demikian program dengan jayanya telah berlangsung dan berjaya diadakan pada hari Sabtu, 8/11/2014 yang lepas.

Program yang diadakan ialah fokus kepada mengecat surau, kemudian membersihkan halaman sekolah dan turut disediakan jamuan pagi dan tengahari. Keterlibatan adalah dari staf JPJ Ipoh termasuh Pengarahnya sendiri yang turun dan bersama juga Skuad Muda JPJ Ipoh. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik dan diakhiri dengan sedikit sumbangan dan cenderahati dari Pihak JPJ dan Sekolah.


11/11/2014, Ipoh, Perak.

Khamis, 23 Januari 2014

Program Kembara Tahfiz PERAKfm 2014

Assalamualaikum dan lafaz Alhamdulillah pertamanya diucapkan atas kesempatan hidup ini masih lagi kita dapat merebut peluang melakukan kebaikan. Untuk makluman para Ibubapa sekalian.

Baru-baru ini kami telah mendapat panggilan jemputan untuk ke Mesyuarat dari RTM PERAK tentang penglibatan di dalam program yang mereka akan adakan iaitu program berbentuk seperti Rancangan Realiti Tv bagi mencari dan melahirkan bakat-bakat dari pelajar tahfiz. Alhamdulillah, 20 buah Ma’ahad Tahfiz di Negeri Perak telah dipilih dan MTQ-7 adalah salah satunya. Dan seramai 20 orang peserta yang akan mamasuki pertandingan tersebut.

Bagi Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7. Peserta yang akan mewakili ke rancangan tersebut adalah Saudara Adik Mohammad Hamka Bin Mohammad Badri.

Justeru itu marilah sama-sama kita memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar MTQ-7 yang akan mewakili sekolah kita dengan ucapan semangat dan doa. Untuk membuktikan pelajar Agama mampu untuk lebih kedepan lagi. Untuk menjadikan pelajar Agama adalah idola dan tumpuan masyarakat. Membuktikan kejayaan sekolah Agama. Moga-moga peluang dan ruang ini dapat dijadikan tempat bagi meluaskan Penyebaran Islam kita dalam mencari keredhan Allah dan memartabatkan kalimah Allah.

InshaAllah, pertandingan akan dimulakan melalui musim yang pertama pada:

Tarikh : 8/2/2014 hingga 22/3/2014
Hari : Setiap Sabtu dan Ahad pada setiap minggu
Waktu : 8.30 pagi
Tempat : Auditorium RTM Ipoh, Perak


InshaAllah, persembahan Nasyid dari Shoutus Shabab MTQ-7 dan Pidato Bahasa Inggeris dari saudara Mohamed Riazhudeen Bin Mohamed Zafarulla akan disampaikan disana.

Rancangan ini akan dibuat sedikit sedutan secara live di Radio PERAKfm dan rakaman berita di televisyen.

Rancangan ini adalah kali pertama diadakan dan Perak menjadi Negeri pilihan pertama dijalankan rancangan ini.

Sebelum Mesyuarat

Dewan Auditorium RTM Perak yang baru sahaja siap Julai 2013

Ketika Mesyuarat
Selesai Mesyuarat

Dewan Auditorium RTM Perak yang baru sahaja siap Julai 2013

Pentas utama untuk persembahan nanti
Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.