Rabu, 28 Ogos 2013

Syarat-Syarat Kemasukan



Syarat-syarat kemasukan ke Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN-7

> Ma'ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 hanya terbuka kepada pelajar lelaki. 

> Berumur 13 tahun pada 01 Januari tahun berkenaan.

> Boleh membaca Al-Quran dengan baik. 

> Berminat untuk menghafal Al-Quran.

> Lulus temuduga khas yang akan diadakan.

> Bersedia tinggal di asrama. 

> Bersedia untuk ditempatkan dimana-mana cawangan MTQ ADDIN lain.

Selasa, 20 Ogos 2013

Tazkirah Bergambar




Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat (pertolongan) kepada ahlinya. (Hadis Riwayat Muslim)


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)

Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Tidaklah aku maksudkan “Aliflammim” satu huruf, akan tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘lam’ satu huruf, dan ‘mim’ satu huruf. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang membaca Al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca Al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)









Jom Puasa Sunat 6 Syawal

 






✔ Menggandakan ibadat kepada Allah s.w.t sebagai tanda syukur kita kepada Allah s.w.t atas segala nikmat syawal dan segala nikmat-nikmat Allah s.w.t yang sentiasa dikurniakan. 

✔ Merebut hadiah yang telah Allah s.w.t janjikan kepada kita. 

✔ Meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan puasa sunat.

Ahad, 18 Ogos 2013

Tafsiran Logo MTQ ADDIN

 


1. Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk Al-Quran sebagai simbol utama. Al-Quran yang terbuka melambangkan ilmu Al-Quran yang sentiasa tersedia untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya. 

2. Bulatan berbintang yang seolah-olah bercahaya yang mempunyai tiga puluh (30) bilah yang melambangkan 30 juzuk Al-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia. 

3. Bentuk segi enam dibahagian belakang berwarna hijau melambangkan rukun iman 6 perkara yang mana salah satu darinya ialah percaya kepada Kitabullah (termasuk Al-Quran). 

4. Bentuk segi berwarna kuning di bawah segi enam bermaksud kedaulatan dan kekuasaan. Para Huffaz Al-Quran sebagai pemelihara Al-Quran dan pemerintah bumi. 

5. Bentuk bulan sabit berwarna hijau menjadi lambang Islam yang dibangunkan dan ditadbirkan dengan kekuatan Al-Quran. 

6. Slogan logo "Al-Quran itu Bijaksana" bermaksud Al-Quran Kalam Allah S.W.T Yang Maha Bijaksana. Huffaz Al-Quran ialah yang bijaksana layak sebagai khalifah bumi. 

7. Secara keseluruhan bentuk logo dibulatkan membawa slogan dan nama Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan Al-Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani.

Carta Aliran Pendidikan MTQ ADDIN


Senarai Semak Amalan Waktu Cuti


Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.