Jumaat, 26 Julai 2013

Aktiviti Kelas 1



Alhamdulillah, ini antara hasil kerja pembentangan mengenai Sirah (cerita) tiga peperangan dizaman Nabi Muhammah S.A.W. Respon yang sangat positif telah ditunjukkan oleh pelajar tahun dua di Ma'ahad ini amat tidak disangka oleh kami. Mudahan, marilah sama-sama kita sanjungkan dan pangjangkan lagi kerja-kerja dakwah ini. Mengambil dan menggunakan segala kemudahan ruang kecanggihan dizaman sekarang. Insha-Allah. 

Perang Khandak

Perang Badar

Perang Uhud


17 Ramadhan 1434 H bersamaan 26 Julai 2013 M 
Jumaat, 06.00 pm. Perak, Malaysia.

Selasa, 16 Julai 2013

Tazkirah Ramadhan (1)

 

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana kita diberikan umur yang panjang untuk menyambut Ramadhan yang ke 1434 hijrah ini. Semoga Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya, insha-Allah. 

Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada segala dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. 

Dan ramadhan ini jugak kita tidak dijadikan hamba kepada hawa nafsu makan dan minum semata-mata tetapi kita menjadi hamba Allah yang menghayati dan menjiwai makna erti yang sebenar keenakan dalam Ramadhan ini. 

Mudah-mudahan segala amalan kita dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan diterima dan diredhoi oleh Allah S.W.T. Aamiin. 


Mohd Norhalini Bin Abu Hasan 
Penolong Kanan 1

08 Ramadhan 1434 H bersamaan 17 Julai 2013 M 
Rabu, 09.00 am. Perak, Malaysia.

Ahad, 14 Julai 2013

Selamat Datang

Selamat datang buat semua yang sudi mengunjungi blog ini. Sebarang cadangan dan teguran amatlah dialukan untuk memajukan lagi blog ini. Moga-moga semua mendapat manfaat.









Khamis, 11 Julai 2013

Perutusan Ramadhan 1434H

 

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapa yang paling baik amalannya. Di dalam masa kehidupan tersebut terdapat masa-masa tertentu yang sangat diberkati dan terdapat banyak kelebihan di dalamnya dan masa tersebut antaranya adalah sepanjang bulan Ramadhan. Tidak beberapa lama lagi kita akan menempuh masuk ke dimensi Ramadhan maka banyak peristiwa akan berlaku pada bulan tersebut dan di antaranya yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi:

 
كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ

 الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ

الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ

وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ 



 Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang sangat jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang terbuka, sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yang ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘Wahai orang yang menginginkan kebaikan kemarilah!. Wahai orang-orang yang menginginkan kejahatan tahanlah.’ Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam. (Hr at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi no 682) 

Betapa agungnya bulan ini. Pintu-pintu syurga dibukakan dan seluruh pintu-pintu neraka ditutup sebagai pemberitahuan kepada umat bahawa rahmat dan pengampunan Allah Azza wa Jalla tersangat besar pada bulan ini. Dan malaikat diperintahkan untuk menyeru “Wahai orang yang hendak melaksanakan kebaikan untuk bersungguh-sungguh melaksanakannya dan bagi orang-orang yang ingin melaksanakan keburukan diharapkan dapat menahan diri sekaligus meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk mudah-mudahan mendapat keampunan dari Allah Azza wa Jalla dan kebebasan daripada kemurkaannya. Pembebasan dari neraka ini akan berlaku pada setiap malam. Maka beruntunglah mereka yang menjadikan bulan ini sebagai tapak untuk mencari keredhaan Allah. 

Kami memperingatkan kepada diri kami dan anda semua untuk bersama-sama kita berjuang merebut segala kelebihan bulan Ramadhan dengan mempertingkatkan ketaatan dan menjauhi segala larangan Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang dibebaskan dari api nerakaNya. Aamiin.

Pihak MTQ ADDIN 7 juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada anda semua selamat menyambut Ramadhan Al-Karim 1434H dan juga ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan dalam apa bentuk sekalipun. Segala amal bakti sumbangan anda akan dibalas oleh Allah di dunia dengan penuh keberkatan dan akhirat dengan rahmat dan keampunan. 

Ahmad Rais Bin Ismail 
Pengetua MTQ-7 


01 Ramadhan 1434 H bersamaan 09 Julai 2013 M 
Selasa, 11.00 am. Perak, Malaysia.
Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.