Isnin, 27 Oktober 2014

Hari Keluarga & Gotong-Royong MTQ-7 2014

26/10/2014

Alhamdulillah, ucapan syukur dilafazkan kepada Allah SWT atas kejayaan Program Hari Keluarga dan Gotong Royong Perdana MTQ-7 semalam. Terima kasih kepada para ibubapa, guru-guru, pelajar-pelajar, serta seluruh keluarga yang hadir walau daripada luar Perak dan tidak lupa Ahli Jawatankusa Ibubapa dan Guru yang bertungkus lumus memastikan program ini dapat dijalankan. 

Program anjuran PIBG Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang semalam adalah menfokuskan kepada objektif utama kita iaitu kebersihan sekolah dan moga ukhuwah serta keceriaan dapat terbina antara guru, pelajar dan keluarga seluruhnya kearah menghasilkan pencapaian yang baik dari pelajar-pelajar disini. Berbagai bentuk sukaneka telah dilaksanakan semalam dengan respon dan semangat kerjasama yang cukup memberansangkan dari semua pihak, alhamdulillah. Ada cabutan bertuah, sukan tarik tali, rebut kerusi, cari coklat, tiup belon dan bermacam-macam lagi serta majlis pembahagian hadiah turut sekali diadakan untuk anugerah kecemerlangan pelajar bagi Ujian Penilaian 2 baru-baru ini dan Kejohanan Futsal Piala Mudir. Seterusnya majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari nasi kerabu dan laksam. 

Program hari keluarga yang dibuat semalam iaitu 26/10/2014 adalah julung-julung kali diadakan. Terima kasih sekali lagi dan kami Pihak Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 memohon kemaafan atas sebarang kekurangan. 

 Jom kita saksikan pula gambar-gambar terbaik pilihan semalam. Selanjutnya boleh dilihat di link Fb sekolah disinihttps://www.facebook.com/mtqtambun7



Pengerusi PIBG 2014, Timbalan dan Ajk.
Antara aksi bola takraw.
Takraw bulat.
Tiup belon sampai pecah.
Memancing botol.
Bawa bola ping pong.
Cari coklat dalam tepung.
Pusing-pusing, rebut kerusi.
Terakhir sekali sukan tarik tali.

Alhamdulillah, jumpa lagi ditahun hadapan, inshaAllah.

27/10/2014
Ipoh, Perak.

Makluman Blog

 

Assalamualaikum dan mohon maaf kepada semua pelawat-pelawat atas ketidakurusan Blog ini kerana masih kekurangan masa dan tenaga. 

InhsaAllah segala usaha pengurusan Blog ini dan penambahbaikan akan sentiasa cuba dipastikan kembali berjalan dengan baik dan kemas. Dan untuk makluman semua kami lebih fokus kepada FB sekolah dalam apa jua kemaskini terbaru berkaitan sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan boleh melayarinya di https://www.facebook.com/mtqtambun7. 

Terima kasih dan sebarang komen, persoalan dan pandangan boleh diajukan terus di ruangan mesej FB sekolah kami.


27/10/2014
Ipoh, Perak.
Untuk paparan gambar yang jelas, sila klik kanan dan klik Open link in new tab.